do what you like money will follow
Posts tagged Motivasi Kejayaan
“Dimana ada kemahuan disitu ada jalan”
May 14th

Pepatah Melayu yang selalu kita dengar, sehinggakan tidak memberikan kesan atau apa jua perasaan, benarkah?Termasuklah saya, ketika saya membaca buku Think and Grow Rich -Nappolean Hill saya telah menemui salah satu prinsip-prinsip kejayaan yang diterapkan iaitu Desire dalam bahasa Melayu keinginan dan kemahuan. Desire ini merupakan permulaan dan pencetus kepada sesebuah kejayaan.
Jika dikupas lagi pepatah ini mengajar dan melatuh diri supaya sentiasa berfikiran positif, jangan mudah berputus asa dan fokus kepada matlamat anda ini adalah kerana “dimana ada kemahuan disitu ada jalan”.
Zaman dahulu apabila orang kata besi boleh terbang orang akan ia adalah misi mustahil, begitu juga besi boleh timbul. lihat pada masa sekarang?Besi sudah boleh terbang menjadi kapal terbang, besi yang berat boleh timbul menjadi kapal laut.
Zaman sekarang tiada yang mustahil bukan? “Dimana ada kemahuan disitu ada jalan”.
Saya akan kupas sedikit demi sedikit dimasa akan datang jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut dapatkan buku Think and Grow Rich daripada Napploean Hill
Bacalah…
May 13th

Sukar untuk saya mendisiplinkan diri untuk menulis mengikut masa yang ditetapkan. Sehingga sekarang masih mencuba untuk menulis di blog 1 atau 2 pos seminggu. Insyaalah akan saya teruskan ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan saya.
Tahukah anda bahawa membaca dapat mengakitfkan otak. Otak manusia akan berkarat jika tidak digunakan, membaca adalah salah satu cara kita mengaktifkannya. Kebanyakan kita hanya menggunakan kurang daripada 1% otak. Cuba bayangkan potensinya jika kita menggunakan keseluruhannya. Bagaimana caranya?untuk mendapatkannya kenalah membaca. Buku-buku cara berfikir secara kritis atau teknik berfikir akan dapat membantu anda. Cuba amalkan satu bulan satu buku, anda pasti akan merasakan perubahannya.
Tidak terkecuali saya juga membaca buku untuk menambah ilmu. Antara buku yang saya minat adalah berkaitan motivasi diri, perniagaan, pengurusan kewangan dan keagamaan. Baru-baru ini saya ada terbaca buku Personaliti warna kepunyaan adik ipar, apa yang menarik berkaitan buku ini adalah anda boleh mengenali siapa diri anda, kelemahan dan juga kelebihan anda. Disebab kan tarikan buku ini saya pergi membelinya sendiri. Persepsi saya yang mengatakan bahawa buku bahasa melayu adalah tidak menarik dan membosankan hilang serta merta. Banyak lagi buku-buku yang berkualiti keluaran PTS yang boleh dibeli secara online.
Akhir kata Selamat membaca.





