do what you like money will follow
Posts tagged mapking
Global Positioning System
Nov 29th
Tahukah anda teknologi GPS ini kini semakin murah dan mudah dimiliki. Sebelum ini GPS hanya digunakan oleh tentera sahaja, tetapi kini orang ramai di benarkan menggunakan teknologi ini.
Tahukah anda aplikasi yang boleh digunakan menggunakan teknologi ini?antaranya adalah :
- Penunjuk arah(navigasi)
- Pengesanan lokasi sesebuah kenderaan.
- Merekod track yang terdiri daripada maklumat kelajuan,logitud dan latitud.
Antara perisian GPS yang popular seperti Garmin dan juga Mapking.
Peta terkini boleh didapati daripada pembekal perisian tersebut ataupun di komuniti gps sesebuah negara. Antara yang popular dimalaysia dan singapura adalah seperti Malsingmaps. Anda perlu menyumbang data-data lokasi untuk mendapatkan peta secara percuma.
Bagaimana mendapatkan teknologi ini?
Terdapat banyak pilihan untuk anda, cuma ia bergantung pada bajet anda.
Jika anda tidak kisah berkaitan bajet anda boleh dapatkan Nokia ,N82,N95,Nokia Navigator 6110 atau garmin 200w dan banyak lagi.
Bagi yang mempunyai bajet terhad, anda boleh menggunakan PDA/HP atau laptop yang sedia ada sebagai tool GPS anda. Dapatkan bluetooth GPS terdahulu. Harga bluetooth GPS bergantung kepada spesifikasi channel, jangka hayat batery , cold start, warm start dan juga accuracy(ketepatan).












