do what you like money will follow
Posts tagged Loan ASB
ASB loan VS ASB saving
Jul 21st
Baru-baru ini sebuah bank terkemuka tempatan telah menawarkan saya pinjaman ASB. Setelah melihat jadual bayaran pinjaman dan melakukan sedikit kajian saya telah mendapati bahawa pinjaman ASB agak merugikan berbanding ASB dengan duit simpanan anda sendiri.
Saya telah mengambil kiraan pinjaman ASB RM 200,000. Bayaran bulanan Rm1400 selama 20Tahun.
1400 x(20 x 12) = 336,000
lebihan bayaran kepada bank adalah 336,000 – 200,000 = 136,000.
Sekarang cuba anda kira jika anda menyimpan 1400 tersebut selama 12 tahun.
1400 x(12×12) = 201,600
Dengan meyimpan 1400 sebulan selama 12 tahun anda boleh memenuhkan akaun ASB berbanding pinjaman selama 20tahun.
Berikut antara kelebihan melakukan pinjaman ASB :
- Dividen yang diperolehi pada tahun pertama boleh digunakan untuk bayaran bulanan pada tahun berikutnya.
- Memaksa diri anda menyimpan.
Kelemahan :
- Kadar BLR mungin akan berubah.
- Mengambil masa yang lebih panjang berbanding simpan menggunakan wang sendiri.
- Bank pegang sijil selagi belum habis bayar(tak blehla nak wat OD)
Kesimpulannya :
Ianya bergantung kepada matlamat anda. Jika anda mahukan menggunakana OD-ASB pinjaman ASB adalah tidak sesuai. Bagi saya pinjaman ASB mempunyai risiko iaitu jika dividen dan BLR yang berubah-ubah ia mungkin tidak menguntungkan. Untuk jalan yang lebih selamat dan kurang berisiko saya menyimpan menggunakan duit sendiri.





