do what you like money will follow
Posts tagged bebas wang
3 langkah ke arah kebebasan kewangan
Aug 15th
1. Bayar diri anda dahulu.
Kebiasaannya sejak kecil kita diajar menyimpan wang lebihan daripada perbelanjaan. disebabkan ajaran ini maka ramai diantara kita memang tiada simpanan sehingga kehari ini. Jadi mulai hari ini cuba saudara bajetkan wang gaji saudara 10 -20% untuk simpanan saudara dan selebihnya barula digunakan untu perbelanjaan. Jadi tunggu apa lagi?bayar diri anda dahulu ya!
2. Berjimat cermat hentikan buat liabiliti baru.
Hentikan daripada hendak membeli barangan perabot & elektrik menggunakan kad kredit. Satu sikap jutawan adalah melambatkan keseronokan. Jika saudara terlintas ingin membeli sesuatu cuba saudara pastikan adakah kehendak atau keperluan?kereta adalah keperluan, manakala model kereta akan menjadikannya sebagai kehendak, contohnya vios, civic, camry, merc, ferrari dan sebagainya. Jadi jadilah pengguna yang bijak merancang kewangan saudara sendiri.
3. Jana pendapatan dengan melaburkan sebahagian simpanan anda.
Jana pendapatan seperti amanah saham, Fix Deposit dan pelbagai lagi. contohnya ASB memberikan bulangan 7-8% setahun.
Gunakan kekuatan compounding, contohnya 7% setahun, tahun pertama baki awal RM 1000 menjadi RM 1070, Tahun kedua RM 1070 menjadi RM 1144.70 dan seterusnya.
Bagaimana nak mencapai kebebasan kewangan?
Aug 20th
Langkah demi langkah ke arah kebebasan kewangan.
Langkah pertama.
- Tingkatkan pengetahuan anda berkaitan ilmu pengurusan kewangan. Apa itu Aset?Apa itu Liabiliti?
- Audit diri anda dimanakah tahap kewangan anda sekarang?Kaya?Sederhana?Miskin?
- Kumpul modal dengan cara maksimumkan simpanan.
- Rekod perbelanjaan, hentikan perbelanjaan yang tak perlu. Minimumkan perbelanjaan.
- Berhenti daripada membuat liabiliti baru.





