Mengikut Robert Kiyosaki penulis buku rich dad poor dad, ada 4 golongan manusia.

4q

e – employee

Golongan ini bekerja di sektor swasta atau kerajaan untuk menyara hidup. Memikirkan keselesaan hidup dan takut untuk keluar dari kepompong keselesaan.

b – businness owner

Pemilik perniagaan, golongan ini memiliki perniagaan berskala besar dan memiliki sistem perniagaan yang lebih teratur. Perniagaan masih berjalan walaupun beliau tiada.

s – self employer

Bekerja sendiri, golongan ini memiliki perniagaan tetapi pada skala yang kecil, perbezaan self employed dan bisness owner adalah bisness owner memiliki sistem yang lebih teratur manakala self employed beban kerja tertumpu pada owner.

i – investor

Golongan ini memiliki modal/aset, mereka gemar melabur sahaja dalam bidang2 seperti hartanah, saham,perniagaan. Mereka melakukan kajian/research sebelum melakukan pelaburan.

Anda dimana?

Pilihan ditangan anda, anda yang memilih anda pada golongan mana. Segalanya bergantung pada matlamat dan cita2 anda.

e – employee dan s – self employer selalunya bekerja keras untuk menjana pendapatan. Bergantung penuh dengan active income

b – businness owner & i – investor selalunya terdiri daripada orang kaya/jutawan. Bergantung penuh pada pasif income.

Apa yang anda perlukan?

Walaupun anda berada di golongan e – employee dan s – self employer anda masih boleh menjana kekayaan, apa yang perlu anda lakukan adalah menjana pasif income sebagaimana golongan b – businness owner & i – investor lakukan. Selamat maju jaya.