Anda dipihak yang mana?

September 5th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

Mengikut Robert Kiyosaki penulis buku rich dad poor dad, ada 4 golongan manusia.

4q

e - employee

Golongan ini bekerja di sektor swasta atau kerajaan untuk menyara hidup. Memikirkan keselesaan hidup dan takut untuk keluar dari kepompong keselesaan.

b - businness owner

Pemilik perniagaan, golongan ini memiliki perniagaan berskala besar dan memiliki sistem perniagaan yang lebih teratur. Perniagaan masih berjalan walaupun beliau tiada.

s - self employer

Bekerja sendiri, golongan ini memiliki perniagaan tetapi pada skala yang kecil, perbezaan self employed dan bisness owner adalah bisness owner memiliki sistem yang lebih teratur manakala self employed beban kerja tertumpu pada owner.

i - investor

Golongan ini memiliki modal/aset, mereka gemar melabur sahaja dalam bidang2 seperti hartanah, saham,perniagaan. Mereka melakukan kajian/research sebelum melakukan pelaburan.

Anda dimana?

Pilihan ditangan anda, anda yang memilih anda pada golongan mana. Segalanya bergantung pada matlamat dan cita2 anda.

e - employee dan s - self employer selalunya bekerja keras untuk menjana pendapatan. Bergantung penuh dengan active income

b - businness owner & i - investor selalunya terdiri daripada orang kaya/jutawan. Bergantung penuh pada pasif income.

Apa yang anda perlukan?

Walaupun anda berada di golongan e - employee dan s - self employer anda masih boleh menjana kekayaan, apa yang perlu anda lakukan adalah menjana pasif income sebagaimana golongan b - businness owner & i - investor lakukan. Selamat maju jaya.

Tags: ,

AddThis Social Bookmark Button

Jana pendapatan di internet?

September 3rd, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan | No Comments »

Teknologi internet masa kini sudah menjadi keperluan asas. Sehinggakan ada yang tidak boleh bekerja jika tidak melayari internet. Kewujudan aplikasi sosial network seperti friendster, facebook, myspace dan banyak lagi menambah kerancakan perkembangan penggunaan internet. Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya menjana pendapatan di internet?

  1. Affiliate Marketing : Memasarkan produk orang lain dengan cara mengiklankan link affiliate anda.
  2. Jualan produk Fizikal : Bina online store anda atau jual di lelong.com.my atau ebay.com.my
  3. Menjual produk digital : Cipta produk informasi seperti ebook, audio atau video panduan contohnya ebook cara teknik memikat awek.
  4. Forex : Pasaran saham matawang, perlukan modal dan ilmu bertrading.
  5. Saham : Membeli dan menjual saham secara online ia boleh dilakukan di website online banking seperti maybank2u dan cimbclicks, perlu modal dan ilmu trading.
  6. Bina forum : forum atau komuniti sesuatu kumpulan atau topik, contohnya forum peminat kereta.
  7. Bina blog : Pendapatan melalui google adsense, semakin popular blog anda semakin tinggi nilai untuk pengiklanan.
  8. Bina aplikasi : Cth bina aplikasi sosial network seperti facebook, semakin popular web anda semakin tinggi nilai pengiklanan.
  9. Sediakan Perkidmatan : cth merekabentuk web, grafik, logo,banner, minisite dan pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh disediakan mengikut kepakaran anda.

Semua perkara yang senaraikan memerlukan pelaburan. Tahukah anda pelaburan yang paling utama sekali adalah anda perlu menuntut ilmu terdahulu. Melaburlah pada diri anda sebelum anda melabur didalam perniagaan anda. Apa yang anda perlukan adalah fikiran positif dan kesabaran, insyaallah anda pasti menemuui kejayaan yang anda idamkan. Insyaallah.

AddThis Social Bookmark Button

Selamat Menyambut Ramadhan

August 21st, 2009 admin Posted in Uncategorized | No Comments »

Ramadhan kini menjelma lagi, alhamdulillah masih dipanjangkan umur kita untuk bertemu ramadhan tahun ini.
Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan, semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

AddThis Social Bookmark Button

Bagaimana nak mencapai kebebasan kewangan?

August 20th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

Langkah demi langkah ke arah kebebasan kewangan.

Langkah pertama.

  1. Tingkatkan pengetahuan anda berkaitan ilmu pengurusan kewangan. Apa itu Aset?Apa itu Liabiliti?
  2. Audit diri anda dimanakah tahap kewangan anda sekarang?Kaya?Sederhana?Miskin?
  3. Kumpul modal dengan cara maksimumkan simpanan.
  4. Rekod perbelanjaan, hentikan perbelanjaan yang tak perlu. Minimumkan perbelanjaan.
  5. Berhenti daripada membuat liabiliti baru.

Tags: ,

AddThis Social Bookmark Button

Ringkasan buku Rich Dad Poor Dad

August 19th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

Tags:

AddThis Social Bookmark Button

12 Pegangan Prinsip Kejayaan

August 19th, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan | No Comments »

  1. Sentiasa Berfikiran Positif
  2. Menjaga Kesihatan Fizikal
  3. Menjaga hubungan baik sesama manusia
  4. Bebas daripada perasaan takut(Kecuali takut kepada Allah)
  5. Memiliki visi dan misi
  6. Inisiatif
  7. Suka berkongsi
  8. Kasih sayang
  9. Berfikiran terbuka
  10. Disiplin diri
  11. Memahami orang lain/toleransi.
  12. Kebebasan kewangan.
AddThis Social Bookmark Button

ASB loan VS ASB saving

July 21st, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

Baru-baru ini sebuah bank terkemuka tempatan telah menawarkan saya pinjaman ASB. Setelah melihat jadual bayaran pinjaman dan melakukan sedikit kajian saya telah mendapati bahawa pinjaman ASB agak merugikan berbanding ASB dengan duit simpanan anda sendiri.

Saya telah mengambil kiraan pinjaman ASB RM 200,000. Bayaran bulanan Rm1400 selama 20Tahun.

1400 x(20 x 12) = 336,000

lebihan bayaran kepada bank adalah 336,000 - 200,000 = 136,000.

Sekarang cuba anda kira jika anda menyimpan 1400 tersebut selama 12 tahun.

1400 x(12×12) = 201,600

Dengan meyimpan 1400 sebulan selama 12 tahun anda boleh memenuhkan akaun ASB berbanding pinjaman selama 20tahun.

Berikut antara kelebihan melakukan pinjaman ASB :

  1. Dividen yang diperolehi pada tahun pertama boleh digunakan untuk bayaran bulanan pada tahun berikutnya.
  2. Memaksa diri anda menyimpan.

Kelemahan :

  1. Kadar BLR mungin akan berubah.
  2. Mengambil masa yang lebih panjang berbanding simpan menggunakan wang sendiri.
  3. Bank pegang sijil selagi belum habis bayar(tak blehla nak wat OD)

Kesimpulannya :

Ianya bergantung kepada matlamat anda. Jika anda mahukan menggunakana OD-ASB pinjaman ASB adalah tidak sesuai. Bagi saya pinjaman ASB mempunyai risiko iaitu jika dividen dan BLR yang berubah-ubah ia mungkin tidak menguntungkan. Untuk jalan yang lebih selamat dan kurang berisiko saya menyimpan menggunakan duit sendiri.

Tags: , ,

AddThis Social Bookmark Button

Kesilapan besar IM(Internet Marketeer)

July 15th, 2009 admin Posted in IM | No Comments »

oops_sign

Baru-baru ini warga IM di malaysia begitu hangat mempromosikan produk-produk baru. Tahukah apakah kesilapan yang telah mereka lakukan? Saya merupakan salah seorang pelanggan mereka, tujuan utama subscribe mailing list adalah untuk menerima berita produk baru mereka dan juga update produk yang telah dibeli. Tetapi apakah yang diterima di email saya? Promosi produk-produk orang lain yang mana mereka akan menjana pendapatan jika seseorang membelinya. Masing -masing ingin memberikan bonus jika membeli daripada link affiliate mereka. Sedikit sebanyak saya terasa terganggu dengan email-email ini yang mana akhirnya saya terus unsubscribe sahaja. Kesimpulannya jika anda mempunyai koleksi mailinglist pastikan anda melakukan market segmentation terdahulu. Asingkan mailinglist pelanggan atau buat form jika pelanggan bersedia menerima promosi-promosi produk dari IM lain.

Tags: ,

AddThis Social Bookmark Button

Buat duit dengan tuisyen

July 2nd, 2009 admin Posted in Active Income | No Comments »

Buat duit dengan tuisyen?.Ya,  tahukah anda ramai mahasiswa/graduan di bandar-bandar seperti KL, Shah Alam, JB, Penang yang menjalankan home tuition. Pendapatan home tuition ini bukan sahaja dapat menampung perbelanjaan mereka malah menjadi sumber pendapatan pendek kata pendapatan mereka agak lumayan. mengapa saya kata di bandar -bandar ini?ini buktinya.

city

Mengapa saya kata lumayan

Kes study 1

Abu mempunyai masa terluang setiap malam, abu menjalankan home tuisyen iaitu pergi mengajar ke rumah pelajar 2 jam setiap malam(8.00 - 10.00pm).

caj yang dikenakan ialah RM 35 perjam jadi pendapatan pada satu malam ialah RM 70. Abu mengajar selama 5 Hari, jadi jumlah RM 350.00seminggu.

Abu mengajar setiap minggu 4×350 = 1400 sebulan.

Biar betul keje 2 jam sehari dah dpt 1400 sebulan. Nampak bukan bagaimana buat duit dengan tuisyen.

Kelebihan yang abu dapat adalah tak perlu bangun awal pagi, bersesak-sesak dijalan raya atau dalam LRT.

Persoalannya disini bagaimana nak dapatkan tawaran kerja tuisyen?Banyak laman web menyediakan kemudahan ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah mendaftar di laman web tersebut sebagai tutor.

Jadi jangan berlengah lagi, daftar sahaja di tuitioncentral.com.my .

tc

Terdapat 2 jenis keahlian Silver dan Gold. Perbezaan utama adalah dari segi keutamaan tawaran, Tutor gold akan mendapat tawaran kerja tuisyen terdahulu berbanding tutor silver. selain itu kadar bayaran komisen juga adalah berbeza. Nak tahu maklumat lanjut sila lawati tuitioncentral.com.my .

Tags: ,

AddThis Social Bookmark Button

“Anda merancang untuk gagal jika gagal untuk merancang”

June 3rd, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan, Pengurusan Kewangan | No Comments »

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata-kata itu? ini bermaksud rancangan atau plan adalah penting dalam hidup anda.

Membina rumah yang cantik anda memerlukan plan

Membina perniagaan yang maju & berdaya saing anda memerlukan rancangan perniagaan.

Membina sebuah kereta yang hebat memerlukan plan rekabentuk.

Membina kebebasan kewangan memerlukan  rancangan kewangan

Membina hidup yang berjaya anda memerlukan PLAN.

Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah plan? anda haruslah menyatakan matlamat, tempoh masa dan tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat.

MULAKAN MERANCANG RANCANGAN/PLAN ANDA SEKARANG!

life-planning

AddThis Social Bookmark Button