Teknologi internet masa kini sudah menjadi keperluan asas. Sehinggakan ada yang tidak boleh bekerja jika tidak melayari internet. Kewujudan aplikasi sosial network seperti friendster, facebook, myspace dan banyak lagi menambah kerancakan perkembangan penggunaan internet. Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya menjana pendapatan di internet?

  1. Affiliate Marketing : Memasarkan produk orang lain dengan cara mengiklankan link affiliate anda.
  2. Jualan produk Fizikal : Bina online store anda atau jual di lelong.com.my atau ebay.com.my
  3. Menjual produk digital : Cipta produk informasi seperti ebook, audio atau video panduan contohnya ebook cara teknik memikat awek.
  4. Forex : Pasaran saham matawang, perlukan modal dan ilmu bertrading.
  5. Saham : Membeli dan menjual saham secara online ia boleh dilakukan di website online banking seperti maybank2u dan cimbclicks, perlu modal dan ilmu trading.
  6. Bina forum : forum atau komuniti sesuatu kumpulan atau topik, contohnya forum peminat kereta.
  7. Bina blog : Pendapatan melalui google adsense, semakin popular blog anda semakin tinggi nilai untuk pengiklanan.
  8. Bina aplikasi : Cth bina aplikasi sosial network seperti facebook, semakin popular web anda semakin tinggi nilai pengiklanan.
  9. Sediakan Perkidmatan : cth merekabentuk web, grafik, logo,banner, minisite dan pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh disediakan mengikut kepakaran anda.

Semua perkara yang senaraikan memerlukan pelaburan. Tahukah anda pelaburan yang paling utama sekali adalah anda perlu menuntut ilmu terdahulu. Melaburlah pada diri anda sebelum anda melabur didalam perniagaan anda. Apa yang anda perlukan adalah fikiran positif dan kesabaran, insyaallah anda pasti menemuui kejayaan yang anda idamkan. Insyaallah.

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • bodytext
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google