do what you like money will follow
Bacalah…

Sukar untuk saya mendisiplinkan diri untuk menulis mengikut masa yang ditetapkan. Sehingga sekarang masih mencuba untuk menulis di blog 1 atau 2 pos seminggu. Insyaalah akan saya teruskan ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan saya.
Tahukah anda bahawa membaca dapat mengakitfkan otak. Otak manusia akan berkarat jika tidak digunakan, membaca adalah salah satu cara kita mengaktifkannya. Kebanyakan kita hanya menggunakan kurang daripada 1% otak. Cuba bayangkan potensinya jika kita menggunakan keseluruhannya. Bagaimana caranya?untuk mendapatkannya kenalah membaca. Buku-buku cara berfikir secara kritis atau teknik berfikir akan dapat membantu anda. Cuba amalkan satu bulan satu buku, anda pasti akan merasakan perubahannya.
Tidak terkecuali saya juga membaca buku untuk menambah ilmu. Antara buku yang saya minat adalah berkaitan motivasi diri, perniagaan, pengurusan kewangan dan keagamaan. Baru-baru ini saya ada terbaca buku Personaliti warna kepunyaan adik ipar, apa yang menarik berkaitan buku ini adalah anda boleh mengenali siapa diri anda, kelemahan dan juga kelebihan anda. Disebab kan tarikan buku ini saya pergi membelinya sendiri. Persepsi saya yang mengatakan bahawa buku bahasa melayu adalah tidak menarik dan membosankan hilang serta merta. Banyak lagi buku-buku yang berkualiti keluaran PTS yang boleh dibeli secara online.
Akhir kata Selamat membaca.
| Print article | This entry was posted by admin on May 13, 2009 at 8:15 am, and is filed under Motivasi Kejayaan. Follow any responses to this post through RSS 2.0. Both comments and pings are currently closed. |
Comments are closed.











