Calculator ODASB

November 17th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

Lama sudah tidak melakukan posting, kali ini saya ingin berkongsi calculator bagaimana memaksimakan akaun ODASB anda. odasb calculatorOD-ASB

AddThis Social Bookmark Button

4 Pendapatan pasif

September 16th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

passive-income-money-tree
Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperolehi tanpa perlu bekerja berulang-ulang kali seperti anda bekerja setiap hari. Ia dapat diumpamakan seperti menanam pokok duit. Hanya sekali kerja, dan anda akan memperolehi pendapatan berulang -ulang kali. Tetapi awas pastikan ianya bukan skim cepat kaya atau seumpamanya. Berikut adalah beberapa pendapatan pasif :
  1. Dividen - Contohnya ASB, Jika anda melabur 10,000.00 setahun dividen adalah dalam anggaran 7 - 8%.
  2. Hartanah - Memiliki beberapa rumah sewa merupakan pasive income.
  3. Royalti - Contohnya penulis lagu, penulis buku.
  4. Produk digital - Contohnya anda menjual design laman web atau ebook.
AddThis Social Bookmark Button

Anda dipihak yang mana?

September 5th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

Mengikut Robert Kiyosaki penulis buku rich dad poor dad, ada 4 golongan manusia.

4q

e - employee

Golongan ini bekerja di sektor swasta atau kerajaan untuk menyara hidup. Memikirkan keselesaan hidup dan takut untuk keluar dari kepompong keselesaan.

b - businness owner

Pemilik perniagaan, golongan ini memiliki perniagaan berskala besar dan memiliki sistem perniagaan yang lebih teratur. Perniagaan masih berjalan walaupun beliau tiada.

s - self employer

Bekerja sendiri, golongan ini memiliki perniagaan tetapi pada skala yang kecil, perbezaan self employed dan bisness owner adalah bisness owner memiliki sistem yang lebih teratur manakala self employed beban kerja tertumpu pada owner.

i - investor

Golongan ini memiliki modal/aset, mereka gemar melabur sahaja dalam bidang2 seperti hartanah, saham,perniagaan. Mereka melakukan kajian/research sebelum melakukan pelaburan.

Anda dimana?

Pilihan ditangan anda, anda yang memilih anda pada golongan mana. Segalanya bergantung pada matlamat dan cita2 anda.

e - employee dan s - self employer selalunya bekerja keras untuk menjana pendapatan. Bergantung penuh dengan active income

b - businness owner & i - investor selalunya terdiri daripada orang kaya/jutawan. Bergantung penuh pada pasif income.

Apa yang anda perlukan?

Walaupun anda berada di golongan e - employee dan s - self employer anda masih boleh menjana kekayaan, apa yang perlu anda lakukan adalah menjana pasif income sebagaimana golongan b - businness owner & i - investor lakukan. Selamat maju jaya.

AddThis Social Bookmark Button

Bagaimana nak mencapai kebebasan kewangan?

August 20th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

Langkah demi langkah ke arah kebebasan kewangan.

Langkah pertama.

  1. Tingkatkan pengetahuan anda berkaitan ilmu pengurusan kewangan. Apa itu Aset?Apa itu Liabiliti?
  2. Audit diri anda dimanakah tahap kewangan anda sekarang?Kaya?Sederhana?Miskin?
  3. Kumpul modal dengan cara maksimumkan simpanan.
  4. Rekod perbelanjaan, hentikan perbelanjaan yang tak perlu. Minimumkan perbelanjaan.
  5. Berhenti daripada membuat liabiliti baru.
AddThis Social Bookmark Button

Ringkasan buku Rich Dad Poor Dad

August 19th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

AddThis Social Bookmark Button

ASB loan VS ASB saving

July 21st, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

Baru-baru ini sebuah bank terkemuka tempatan telah menawarkan saya pinjaman ASB. Setelah melihat jadual bayaran pinjaman dan melakukan sedikit kajian saya telah mendapati bahawa pinjaman ASB agak merugikan berbanding ASB dengan duit simpanan anda sendiri.

Saya telah mengambil kiraan pinjaman ASB RM 200,000. Bayaran bulanan Rm1400 selama 20Tahun.

1400 x(20 x 12) = 336,000

lebihan bayaran kepada bank adalah 336,000 - 200,000 = 136,000.

Sekarang cuba anda kira jika anda menyimpan 1400 tersebut selama 12 tahun.

1400 x(12×12) = 201,600

Dengan meyimpan 1400 sebulan selama 12 tahun anda boleh memenuhkan akaun ASB berbanding pinjaman selama 20tahun.

Berikut antara kelebihan melakukan pinjaman ASB :

  1. Dividen yang diperolehi pada tahun pertama boleh digunakan untuk bayaran bulanan pada tahun berikutnya.
  2. Memaksa diri anda menyimpan.

Kelemahan :

  1. Kadar BLR mungin akan berubah.
  2. Mengambil masa yang lebih panjang berbanding simpan menggunakan wang sendiri.
  3. Bank pegang sijil selagi belum habis bayar(tak blehla nak wat OD)

Kesimpulannya :

Ianya bergantung kepada matlamat anda. Jika anda mahukan menggunakana OD-ASB pinjaman ASB adalah tidak sesuai. Bagi saya pinjaman ASB mempunyai risiko iaitu jika dividen dan BLR yang berubah-ubah ia mungkin tidak menguntungkan. Untuk jalan yang lebih selamat dan kurang berisiko saya menyimpan menggunakan duit sendiri.

AddThis Social Bookmark Button

“Anda merancang untuk gagal jika gagal untuk merancang”

June 3rd, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan, Pengurusan Kewangan No Comments »

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata-kata itu? ini bermaksud rancangan atau plan adalah penting dalam hidup anda.

Membina rumah yang cantik anda memerlukan plan

Membina perniagaan yang maju & berdaya saing anda memerlukan rancangan perniagaan.

Membina sebuah kereta yang hebat memerlukan plan rekabentuk.

Membina kebebasan kewangan memerlukan  rancangan kewangan

Membina hidup yang berjaya anda memerlukan PLAN.

Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah plan? anda haruslah menyatakan matlamat, tempoh masa dan tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat.

MULAKAN MERANCANG RANCANGAN/PLAN ANDA SEKARANG!

life-planning

AddThis Social Bookmark Button

Larian tikus?

June 13th, 2008 admin Posted in Pengurusan Kewangan No Comments »

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dalam pengurusan kewangan, mengapa larian tikus? atau dalam bahasa inggeris disebut ratrace. Apakah yang dikatakan ratrace ini?

Adakah anda megalami situasi begini? Setiap hari bangun sahaja, anda akan bersiap untuk pergi kerja,hujung bulan anda akan memperolehi gaji, gaji ini anda akan bayar bil, kereta, rumah dan bakinya anda shopping membeli apa sahaja yang anda kehendaki, jika tidak cukup wang anda ada kad ajaib dalam bahasa saintifiknya Mastercard dan Visa. Adakah kehidupan anda begitu?jika ya anda tergolong dalam geng -geng tikus yang disebut ratrace.

Adakah anda pernah melihat tikus makmal atau hamster lari didalam satu gelung?apabila tikus tersebut berlari, gelung tadi tadi akan berpusing, semakin laju larian semakin laju gelung akan berpusing, tetapi tikus itu masih di tempat yang sama bukan?, walau laju manapun larian tikus itu. Inilah yang dianalogikan dengan kehidupan kita.

Sabanhari kita bekerja hanya untuk membayar hutang. Hutang kereta, hutang Motorsikal, hutang pendidikan, hutang rumah, hutang alat elektrik, hutang perabot, hutang kad kredit, hutang along dan macam -macam lagi. Maka anda saling tak tumpah seperti tikus yang berlari dalam gelung tersebut. heheh jangan marah ek. Ratrace yang dimaksudkan adalah lah “perangkap hutang!”. Anda tidak boleh keluar dari gelung “Zon Selesa anda” jika tidak bekerja pendapatan anda akan terjejas begitu jua dengan kehidupan anda.

Tidak salah jika berhutang, yang menjadi kesalahan apabila anda berhutang tanpa melihat kemampuan diri. hutang ada 2 jenis, Hutang baik dan hutang tidak baik. Hutang baik apabila anda dapat menjana aset atau pendapatan.Hutang tidak baik apabila anda hanya menambah liabliti sahaja. Wang atau pendapatan yang diperolehi habis untuk membayar hutang yang tidak baik, simpanan ataupun pelaburan tidak sempat dilakukan.

Ada betulnya pepatah “ukur baju badan sendiri”, jika berbelanja tidak mengikut kemampuan lebih banyak keburukan menanti daripada kebaikan. Mari kita kupas apakah faktor yang menyebabkan masalah ini?antaranya adalah :

  • Emosi : Malu orang akan memandang rendah jika pakai kereta kancil.”alah kancil je, apa barang bro!”
  • Emosi : Bangga menerima pujian, “wah cantik dan besarnya rumah awak!”
  • Emosi : Mahukan lebih keselesaan “Abang bulan depan kita beli perabot baru ek”
  • Emosi : Mahu menunjuk-nunjuk. “ko pakai minyak wangi apa ni?wanginya!”
  • Emosi : Ingin mengikut-ikut.”Abang, orang sebelah baru beli kereta baru, kita bila nak beli bang?”
  • Emosi : Alang - alang berbelanja biar puas hati.”Alang - alang beli kereta baik beli yang puas hati punya!”

Kesemuanya terdiri daripada emosi bukan!. Adakah anda seorang yang emosional?jika ya, anda perlu berhati. Elakkan dari perangkap hutang, katakan Tak Nak!

AddThis Social Bookmark Button