Kuasa mimpi dapat mengubah dunia

February 6th, 2010 admin Posted in Motivasi Kejayaan No Comments »

Perkataan impian itu datangnya dari mIMPI. Berikut adalah antara mimpi yang kini  telah menjadi kenyataan.
  1. Impian Thomas Edison menghasilkan cahaya dalam tiub kaca yang kini dikenali sebagai mentol.
  2. Impian Bill Gates pada masa akan datang setiap rumah akan memiliki komputer peribadi dan kini ianya telah menjadi kenyataan.
  3. Impian Ford menghasilkan enjin V8 yang pada ketika itu dikatakan mustahil oleh jurutera-jurutera Ford.
  4. Impian adik beradik wright mencipta besi yang boleh terbang dikenali sebagai kapal terbang.
  5. Impian Graham Bell bagaimana menyalurkan suara melalui wayar dengan terciptanya telefon.

bagaimana dengan impian anda?jika anda suka berfikiran logik, semua impian yang disenaraikan disini adalah tak logik. Bagaimana besi boleh terbang?macammana suara boleh melalui wayar? oleh itu jangan limitkan imaginasi anda dengan perkara logik.

Kesimpulan : Usahlah takut bermimpi jangan limitkan imaginasi anda itulah yang dikatakan oleh Honda “Power of Dreams”

AddThis Social Bookmark Button

Jana pendapatan di internet?

September 3rd, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan No Comments »

Teknologi internet masa kini sudah menjadi keperluan asas. Sehinggakan ada yang tidak boleh bekerja jika tidak melayari internet. Kewujudan aplikasi sosial network seperti friendster, facebook, myspace dan banyak lagi menambah kerancakan perkembangan penggunaan internet. Pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana caranya menjana pendapatan di internet?

  1. Affiliate Marketing : Memasarkan produk orang lain dengan cara mengiklankan link affiliate anda.
  2. Jualan produk Fizikal : Bina online store anda atau jual di lelong.com.my atau ebay.com.my
  3. Menjual produk digital : Cipta produk informasi seperti ebook, audio atau video panduan contohnya ebook cara teknik memikat awek.
  4. Forex : Pasaran saham matawang, perlukan modal dan ilmu bertrading.
  5. Saham : Membeli dan menjual saham secara online ia boleh dilakukan di website online banking seperti maybank2u dan cimbclicks, perlu modal dan ilmu trading.
  6. Bina forum : forum atau komuniti sesuatu kumpulan atau topik, contohnya forum peminat kereta.
  7. Bina blog : Pendapatan melalui google adsense, semakin popular blog anda semakin tinggi nilai untuk pengiklanan.
  8. Bina aplikasi : Cth bina aplikasi sosial network seperti facebook, semakin popular web anda semakin tinggi nilai pengiklanan.
  9. Sediakan Perkidmatan : cth merekabentuk web, grafik, logo,banner, minisite dan pelbagai lagi perkhidmatan yang boleh disediakan mengikut kepakaran anda.

Semua perkara yang senaraikan memerlukan pelaburan. Tahukah anda pelaburan yang paling utama sekali adalah anda perlu menuntut ilmu terdahulu. Melaburlah pada diri anda sebelum anda melabur didalam perniagaan anda. Apa yang anda perlukan adalah fikiran positif dan kesabaran, insyaallah anda pasti menemuui kejayaan yang anda idamkan. Insyaallah.

AddThis Social Bookmark Button

12 Pegangan Prinsip Kejayaan

August 19th, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan No Comments »

  1. Sentiasa Berfikiran Positif
  2. Menjaga Kesihatan Fizikal
  3. Menjaga hubungan baik sesama manusia
  4. Bebas daripada perasaan takut(Kecuali takut kepada Allah)
  5. Memiliki visi dan misi
  6. Inisiatif
  7. Suka berkongsi
  8. Kasih sayang
  9. Berfikiran terbuka
  10. Disiplin diri
  11. Memahami orang lain/toleransi.
  12. Kebebasan kewangan.
AddThis Social Bookmark Button

“Anda merancang untuk gagal jika gagal untuk merancang”

June 3rd, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan, Pengurusan Kewangan No Comments »

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan kata-kata itu? ini bermaksud rancangan atau plan adalah penting dalam hidup anda.

Membina rumah yang cantik anda memerlukan plan

Membina perniagaan yang maju & berdaya saing anda memerlukan rancangan perniagaan.

Membina sebuah kereta yang hebat memerlukan plan rekabentuk.

Membina kebebasan kewangan memerlukan  rancangan kewangan

Membina hidup yang berjaya anda memerlukan PLAN.

Apa ciri-ciri yang perlu ada dalam sesebuah plan? anda haruslah menyatakan matlamat, tempoh masa dan tugas-tugas yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat.

MULAKAN MERANCANG RANCANGAN/PLAN ANDA SEKARANG!

life-planning

AddThis Social Bookmark Button

“Dimana ada kemahuan disitu ada jalan”

May 14th, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan No Comments »

road

Pepatah Melayu yang selalu kita dengar, sehinggakan tidak memberikan kesan atau apa jua perasaan, benarkah?Termasuklah saya, ketika saya  membaca buku Think and Grow Rich -Nappolean Hill saya telah menemui salah satu prinsip-prinsip kejayaan yang diterapkan iaitu Desire dalam bahasa Melayu keinginan dan kemahuan. Desire ini merupakan permulaan dan pencetus kepada sesebuah kejayaan.

Jika dikupas lagi pepatah ini mengajar dan melatuh diri supaya sentiasa berfikiran positif, jangan mudah berputus asa dan fokus kepada matlamat anda ini adalah kerana “dimana ada kemahuan disitu ada jalan”.

Zaman dahulu apabila orang kata besi boleh terbang orang akan ia adalah misi mustahil, begitu juga besi boleh timbul. lihat pada masa sekarang?Besi sudah boleh terbang menjadi kapal terbang, besi yang berat boleh timbul menjadi kapal laut.

Zaman sekarang tiada yang mustahil bukan? “Dimana ada kemahuan disitu ada jalan”.

Saya akan kupas sedikit demi sedikit dimasa akan datang jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut dapatkan buku Think and Grow Rich daripada Napploean Hill

AddThis Social Bookmark Button

Bacalah…

May 13th, 2009 admin Posted in Motivasi Kejayaan Comments Off

baca

Sukar untuk saya mendisiplinkan diri untuk menulis mengikut masa yang ditetapkan. Sehingga sekarang masih mencuba untuk menulis di blog 1 atau 2 pos seminggu. Insyaalah akan saya teruskan ingin berkongsi ilmu dan pengetahuan saya.

Tahukah anda bahawa membaca dapat mengakitfkan otak. Otak manusia akan berkarat jika tidak digunakan, membaca adalah salah satu cara kita mengaktifkannya. Kebanyakan kita hanya menggunakan kurang daripada 1% otak. Cuba bayangkan potensinya jika kita menggunakan keseluruhannya. Bagaimana caranya?untuk mendapatkannya kenalah membaca. Buku-buku cara berfikir secara kritis atau teknik berfikir akan dapat membantu anda. Cuba amalkan satu bulan satu buku, anda pasti akan merasakan perubahannya.

Tidak terkecuali saya juga membaca buku untuk menambah ilmu. Antara buku yang saya minat adalah berkaitan motivasi diri, perniagaan, pengurusan kewangan dan keagamaan. Baru-baru ini saya ada terbaca buku Personaliti warna kepunyaan adik ipar, apa yang menarik berkaitan buku ini adalah anda boleh mengenali siapa diri anda, kelemahan dan juga kelebihan anda. Disebab kan tarikan buku ini saya pergi membelinya sendiri. Persepsi saya yang mengatakan bahawa buku bahasa melayu adalah tidak menarik dan membosankan hilang serta merta. Banyak lagi buku-buku yang berkualiti keluaran PTS yang boleh dibeli secara online.

Akhir kata Selamat membaca.

AddThis Social Bookmark Button