Apa itu expert advisor?

February 24th, 2010 admin Posted in forex | No Comments »

Expert advisor atau dikenali sebagai robot forex berkeupayaan melakukan trading secara automatik mengikut rule yang telah ditetapkan. Perisian terminal forex yang begitu popular dikalangan pelabur forex adalah Metatrader. Setiap tahun pihak Metaquotes akan mengadakan pertandingan Automated Trading Championship. Kecuali pada tahun ini 2009. Dalam masa terdekat ini Mt5 akan diperkenalkan. Iaitu metatrader versi 5 akan dilancarkan.

Mengapa expert advisor ini begitu popular? Siapa yang tidak mahu jika ada sesuatu alat yang akan menjadi mesin atm. Tak perlu bersusah payah mengadap komputer untuk melakukan pelaburan. Faktor inilah yang menjadi pendorong utama kepada pelabur untuk mencari robot yang betul-betul berkemampuan memberikan profit yang konsisten.

Setelah 3 tahun melakukan kajian dan pengujian saya telah menghasilkan satu robot yang kini masih dalam pengujian.

Tags: , , , ,

AddThis Social Bookmark Button

Kuasa mimpi dapat mengubah dunia

February 6th, 2010 admin Posted in Motivasi Kejayaan | No Comments »

Perkataan impian itu datangnya dari mIMPI. Berikut adalah antara mimpi yang kini  telah menjadi kenyataan.
  1. Impian Thomas Edison menghasilkan cahaya dalam tiub kaca yang kini dikenali sebagai mentol.
  2. Impian Bill Gates pada masa akan datang setiap rumah akan memiliki komputer peribadi dan kini ianya telah menjadi kenyataan.
  3. Impian Ford menghasilkan enjin V8 yang pada ketika itu dikatakan mustahil oleh jurutera-jurutera Ford.
  4. Impian adik beradik wright mencipta besi yang boleh terbang dikenali sebagai kapal terbang.
  5. Impian Graham Bell bagaimana menyalurkan suara melalui wayar dengan terciptanya telefon.

bagaimana dengan impian anda?jika anda suka berfikiran logik, semua impian yang disenaraikan disini adalah tak logik. Bagaimana besi boleh terbang?macammana suara boleh melalui wayar? oleh itu jangan limitkan imaginasi anda dengan perkara logik.

Kesimpulan : Usahlah takut bermimpi jangan limitkan imaginasi anda itulah yang dikatakan oleh Honda “Power of Dreams”

Tags: , ,

AddThis Social Bookmark Button

Selamat tahun baru 2010

January 1st, 2010 admin Posted in Pengumuman | No Comments »

newyear1Selamat tahun baru. Cepat sungguh masa berlalu. kini 2009 telah meninggalkan kita. Semoga 2010 lebih baik dari tahun sebelumnya. Apa perancangan rakan untuk 2010?Jika belum ada eloklah di buat secepat mungkin. bak kata mat saleh if you fail to plan you plan to fail. Selamat tahun baru dan salam kejayaan dari pada saya.

Tags:

AddThis Social Bookmark Button

Laman web untuk dijual

December 22nd, 2009 admin Posted in Produk Digital | No Comments »

Saya memiliki kemahiran dalam pengaturcaraan dan membina laman web. oleh sebab itu idea selalu datang untuk menjana satu perniagaan internet berasakan web. Malangnya terlampau banyak laman web yang saya bina dan akhirnya tidak terjaga. Setelah befikir panjang saya telah mengambil keputusan untuk menjual beberapa laman web tersebut.  Jika anda berminat dan merasakan anda sesuai dengan perniagaan web tersebut boleh la menghubungi saya.

website tersebut adalah :

1. www.kedaiebook.com

Sebagai platform membantu usahawan ebook memasarkan produk. disamping membantu pembeli ebook mendapatkan produk yanng berkualiti.

2. www.rahsiakejayaan.net

Majalah/blog menghimpunkan cerita2 kejayaan dan aspirasi.

Mulakan perniagaan inernet anda sekarang! Jangan berlengah lagi

Tags: , ,

AddThis Social Bookmark Button

GPS jadi penyelamat

December 17th, 2009 admin Posted in GPS | No Comments »

Sejauh mana sistem penentu kedudukan satelit atau GPS dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia?

TEKNOLOGI yang ada pada peralatan GPS memberi manfaat kepada banyak pihak.

MUNGKIN kita biasa mendengar aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) pada sistem navigasi atau sistem keselamatan kenderaan. Namun apa yang dipaparkan pada kali ini tidak lain daripada kisah benar bagaimana aplikasi GPS membantu dalam usaha menyelamat. Terima kasih kepada teknologi penentu kedudukan satelit itu.

Telefon GPS menyelamat pesakit transplan

Teknologi pengesanan GPS pada telefon bimbit telah digunakan bagi mengesan penjenayah. Ia turut membantu kakitangan kecemasan mencari mangsa kemalangan yang tidak dapat memberikan kedudukan mereka dengan tepat.

Baru-baru ini, pihak polis di sebuah pekan kecil di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) telah menggunakan teknologi GPS bagi mengesan seorang ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sedang menunggu organ transplan.

Tanpa GPS, kanak-kanak tersebut tentunya terlepas peluang untuk mendapatkan pemindahan jantung daripada pendermanya. Polis terpaksa menggunakan GPS yang terdapat pada telefon bimbit, setelah ibunya tidak menjawab panggilan telefon dan pihak polis pula gagal menemui kanak-kanak tersebut.

Menyelamat pendaki K2

Pada Ogos 2001, seorang pendaki gunung telah diselamatkan sewaktu mendaki gunung K2 di Pakistan. Setelah tiga hari bertarung nyawa akibat terdedah kepada cuaca pergunungan yang ekstrem, ketua pendakian tersebut, Wilco Van Rooijen berjaya ditemui oleh anggota penyelamat.

Sistem GPS Thuraya yang digunakan membenarkannya menghantar koordinat kepada rakan sependakiannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Tanpa sistem itu, dia mungkin sudah mati akibat kesejukan.

SISTEM GPS digunakan dengan meluas dalam usaha menyelamat.

Pengembaraan yang nyaris membawa padah

Seorang pengembara dari Romania yang berpengalaman luas dan pernah menakluk Amerika Selatan dan Asia nyaris menerima padah pada Januari tahun lalu apabila tersesat selama enam hari ketika berjalan kaki sejauh 45 kilometer berdekatan Uluru di Australia.

Dia keputusan bekalan makanan dan minuman pada hari ketiga dan terpaksa berusaha sendiri mencari jalan pulang. Dia akhirnya menemui kawasan yang mempunyai liputan telefon bimbit dan berjaya meminta bantuan penyelamat melalui mesej.

Mesej tersebut dihantar kepada ahli keluarganya di Romania bersama koordinat GPS yang diperoleh daripada unit GPS TomTom yang dibawanya bersama. Tanpa kedudukan yang tepat menerusi GPS, usaha menyelamat pastinya menjadi lebih rumit.

TELEFON bimbit kini turut memasukkan sistem GPS di dalam perantinya bagi pelbagai kegunaan terutama ketika kecemasan.

GPS selamat mangsa patukan ular

Aktiviti perkhemahan secara bersendiri oleh seorang lelaki berusia 27 tahun hampir menjadi tragedi apabila dia dipatuk seekor ular berbisa di Tharwa, Australia. Kedudukan tapak perkhemahan yang agak jauh dari jalan utama menyebabkannya sukar untuk mendapatkan bantuan.

Mujur dia berjaya menenangkan diri selepas dipatuk dan terus meminta bantuan dan memberi panduan arah kedudukannya berdasarkan unit GPS yang dibawanya.

SESAT dalam bentuk muka bumi ekstrem seperti ini boleh mengundang maut. Namun sistem GPS boleh membantu seseorang yang tersesat menghubungi keluarga bagi diselamatkan.

Keadaan pasti menjadi lebih sukar tanpa GPS kerana jika tidak mengetahui kedudukan sebenar, bantuan menyelamat pasti tidak dapat dihantar dengan pantas.

Apatah lagi dalam kes gigitan binatang berbisa, pasukan penyelamat perlu tiba secepat mungkin bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri atau lebih teruk maut kerana bisa gigitan tersebar ke seluruh tubuh mangsa.

dipetik : kosmo

Tags:

AddThis Social Bookmark Button

Tempah kad kahwin secara online di ezkadkahwin.com

November 17th, 2009 admin Posted in Best Stuff, Website | No Comments »

Kini anda tak perlu ke kedai kad kahwin lagi. Jimat masa, wang tol, minyak dan juga tenaga.

Order saja di ezkadkahwin.comezkadkahwin

Tags: , , ,

AddThis Social Bookmark Button

Peta Garmin GPS percuma

November 17th, 2009 admin Posted in GPS | No Comments »

Bagaimana ingin mendapatkan peta Garmin GPS secara percuma?Lawati laman web http://www.malfreemaps.com/.

Apa yang menarik adalah peta akan sentiasa dikemaskini setiap minggu. Setiap hari Isnin versi yang terbaru akan dikeluarkan.

Jika saudara masih belum mempunyai sebuah GPS dapatkan nya sekarang. Anda pasti tidak akan menyesal jika memilikinya.

AddThis Social Bookmark Button

Calculator ODASB

November 17th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

Lama sudah tidak melakukan posting, kali ini saya ingin berkongsi calculator bagaimana memaksimakan akaun ODASB anda. odasb calculatorOD-ASB

AddThis Social Bookmark Button

Pemandu terbabas kerana terlalu ikut panduan GPS

September 17th, 2009 admin Posted in Kelakar | No Comments »

Pemandu terbabas kerana terlalu ikut panduan GPS

KERETA Jones terbabas setelah dipandu mengikut panduan peta satelit.

YORKSHIRE - Seorang pemandu England, Robert Jones, 43, yang nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbabas di tepi gaung telah didenda kerana memandu mengikut peta satelit sistem kedudukan global (GPS) sehingga memasuki jalan yang silap, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia didenda hampir £1,000 (RM5,800) oleh Mahkamah Majistret Calderdale kelmarin termasuk dikenakan enam mata penalti dalam kemalangan yang berlaku pada 22 Mac lalu di Watty Lane dekat Todmorden, West Yorkshire.

Jones menjadi pesalah pertama dihukum kerana memandu secara cuai akibat mengikut peta GPS namun mahkamah memutuskan kemalangan berlaku disebabkan dia memandu di lorong yang tidak sesuai untuk keretanya itu.

Pemandu berasal dari Doncaster, South Yorkshire itu menjelaskan dia sudah menggunakan sistem pengemudian satelit untuk kereta BMW miliknya sejak Disember 2008 dan tidak pernah mengalami sebarang kemalangan.

“Saya sudah memandu lebih 8,000 kilometer setiap minggu tanpa masalah.

“Hari itu saya mungkin bodoh kerana mengambil jalan yang silap tetapi saya memandu dengan penuh perhatian dan memohon maaf jika melakukan kesilapan,” katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/

AddThis Social Bookmark Button

4 Pendapatan pasif

September 16th, 2009 admin Posted in Pengurusan Kewangan | No Comments »

passive-income-money-tree
Pendapatan pasif adalah pendapatan yang diperolehi tanpa perlu bekerja berulang-ulang kali seperti anda bekerja setiap hari. Ia dapat diumpamakan seperti menanam pokok duit. Hanya sekali kerja, dan anda akan memperolehi pendapatan berulang -ulang kali. Tetapi awas pastikan ianya bukan skim cepat kaya atau seumpamanya. Berikut adalah beberapa pendapatan pasif :
  1. Dividen - Contohnya ASB, Jika anda melabur 10,000.00 setahun dividen adalah dalam anggaran 7 - 8%.
  2. Hartanah - Memiliki beberapa rumah sewa merupakan pasive income.
  3. Royalti - Contohnya penulis lagu, penulis buku.
  4. Produk digital - Contohnya anda menjual design laman web atau ebook.
AddThis Social Bookmark Button